PEMBINAAN NOOR AZMIRAL MD NOOR merupakan kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) sebagai Kontraktor Kerja Awam Kelas F. Ditubuhkan pada tahun 1997 oleh En. Noor Azmiral Sharul Md Noor, seorang profesional yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perkhidmatan yang berkaitan dengan industri pembinaan.
Kami menjalankan aktiviti-aktiviti seperti :
1. Kontraktor Kejuruteraan Awam
2. Pemaju Perumahan
PEMBINAAN NOOR AZMIRAL MD NOOR ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Noor Azmiral Sharul bin Mohammad Noor setelah berhenti bekerja sebagai Pengurus Projek di Syarikat Sulaiman Daud Sdn. Bhd. Pada peringkat awal penubuhannya, Syarikat Pembinaan Norazmiral mendapat beberapa projek kecil secara “subkontrak” melalui sebuah syarikat bernama “Syarikat Maha Enterprise” yang mempunyai lesen pusat khidmat Kontraktor kelas “D”. Melalui kebenaran lesen ini, pihak kami berjaya menyiapkan beberapa projek kerajaan pada peringkat awal penubuhan kami.
Pada tahun 2000, syarikat ini berjaya memperolehi lesen kelas “F”, namun hanya menggunakan lesen tersebut untuk membina rumah-rumah kediaman sahaja. Kerja-kerja membina rumah kediaman mula dijalankan setelah membuat perancangan selama 2 tahun. Sementara mendapat peluang mendapat projek perumahan untuk syarikat, pengasas syarikat ini bekerja sebagai Jurutera Projek untuk Syarikat Kubang Batang Puspasari Sdn. Bhd. Semasa bekerja di syarikat tersebut, beliau ditugaskan menyelia kakitangan syarikat, subkontraktor-subkontraktor dan konsultan bagi pembinaan terminal baru dan parking apron di Lapangan Terbang Sultan Ismail Putra, Kota Bharu, Kelantan.
Setelah dua tahun menimba pengalaman di syarikat tersebut, beliau telah meletak jawatan dan mula menjalankan projek membina rumah kediaman. Pada peringkat awal, hanya 2 buah rumah berjaya disiapkan dalam jangkamasa 1 tahun dan ianya meningkat kepada 10 buah rumah setahun pada tahun berikutnya. Bermula pada tahun 2006, syarikat kini mampu menyiapkan sehingga 15 buah rumah dalam setahun.
Adalah menjadi harapan harapan dan matlamat syarikat untuk membina sehingga 20 unit rumah secara purata dalam setahun dan ianya akan tercapai berdasarkan sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan.
Secara umumnya syarikat ini ingin memastikan ianya terus berdaya maju dan berdaya saing, berdaya tahan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
VISI KAMI
Kami mempunyai visi yang mungkin berbeza dengan kebanyakan syarikat pemaju hartanah yang lain. Bervisikan untuk membangunkan tanah-tanah milik individu, kami semaksima yang mungkin berusaha untuk memberi keuntungan kepada tuan tanah dan juga kepada pembeli. Dengan kata lain, kami mengutamakan prinsip “SAMA-SAMA MENANG”.
Kami juga mempunyai visi untuk memperkemaskan mutu pengurusan dan perkhidmatan syarikat, yang pada akhirnya berupaya untuk mewujudkan sifat kepercayaan yang mantap daripada semua orang, khususnya daripada pelangan-pelanggan kami. Di samping itu, kami berhasrat untuk menjadi sebuah syarikat pemaju hartanah yang berjaya serta berkomitmen tinggi untuk memenuhi kehendak pembeli dengan menawarkan harga yang mampu dibeli.
MISI KAMI
Komited ke arah kecemerlangan dalam menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti untuk setiap keluarga sejajar dengan objektif perumahan negara iaitu menyediakan perumahan yang mencukupi, berkualiti dan mengikut kemampuan dari segenap lapisan.

Assalammualaikum Tuan,
Saya Student Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan (POLISAS)
ambik course diploma in civil engineering semester 3 pd jan 2011..
saya berminat untuk menduduki latihan industri pada sem hadapan iaitu semester 4 pd july 2011..adakah syarikat tuan terima pelajar untuk praktikal?(latihan industri)
harap tuan memberi maklum balas sebelum 22 januari 2011..
salam,
saya mencari patern rumah yang master bedroom pada bahagian belakang rumah, encik azmiral ada sample tak?
NK CRI RUMAH DI AREA KB/PANJI/PGKLAN CHEPA/KEDAI LALAT YG BERHARGA LBH KURG RM180K..TQ
Salam,tq kerana berminat dgn syarikat kami..maaf dgn harga tu x dpt rumah area tu..kalau area di melor ada banglo RM176k..
banglo di melor yang berharga 176k tu ada lag ke?
Ada kosong lg..7 lot lg kosong
berapa keluasan rumah tersebut?
Melor,area padang raja..rumah belum bina lg..keluasan rumah mengikut khendak pelanggan..
melor area mana?
Salam,
Saya bercadang untuk mendirikan rumah di atas tanah sendiri di kawasan beta, kota bharu dengan menggunakan loan gov. Bagaimana caranya.
Sekian, terima kasih.
Salam
saya nk tya rumah kat jerteh ada x? harga rumah dlm 255k..
Wasalam..area jertih x ada lg,nnti ada sy inform blik..yg kami ada skrang area renek..
Saya nk bina rumah 1800kp berapa kos
Assalamm nk tnya sykt tuan ada mnjual pelan rumah yg lengkap.sy brcdg nk bina rumah ats tanah sndiri dgn luas 1800kp brapa harganya. Tq
Rumah di kok lanas dekat politeknik ada lagi ke..berapa harga dan keluasan rumah.
Dear HR Manager
I am Salleh. This is to inform you that I can assist for any Indonesian
Embassy relations, especially new Passport issues for illegal service
workers for a small fee. We
can also assist for permit processing for Indonesian workers. Please do
contact me for any further information.
Thanks & regards
Salleh
0192288433
Assalam tuan saya berminat dengan rekabentuk 3, 4 bilik 3 bilik air… boleh saya dapatkan pelan rumah tersebut.
Assalamualaikum. Saya Nor Syazwani bt Ibrahim pelajar dari University Malaysia Pahang pengajian dalam kos Pengurusan Projek sedang mencari tempat untuk menjalankan latihan industri pada tarikh 13 Feb sehingga 28 July 2017. Adakah syarikat encik mengambil pelajar untuk menduduki LI.. Harap pihak tuan/puan dapat memberikan maklum balas.Terima kasih
blh hub sy 0199193345, kami sediakn tempat utk pelajar,xda masalah
Assalamualikum tuan, Saya Ariff Hakimin bin Azman pelajar dari Kolej Vokasional Tanah Merah pengajian dalam kos Diploma Civil Engineering sedang mencari tempat untuk menjalankan latihan industri. Adakah syarikat tuan mengambil pelajar untuk menduduki latihan industri. Harap pihak tuan/puan dapat memberikan maklum balas.Terima kasih
Assalam tuan… saya berminat dengan rekabentuk 3 dari pihak tuan… boleh saya dapatkan pelan rumah tersebut..
Sekian….