KONTRAK BINA RUMAH DIATAS TANAH SENDIRI

Azmiral Properties sedia menawarkan khidmat mengurus dan membina rumah diatas tanah yang dimiliki oleh pemohon atau isteri/suami di negeri Kelantan dengan harga kontrak yang amat kompetitif.
Skop kontrak adalah termasuk mengurus dan membina rumah sepertimana yang dikehendaki oleh pemohon, mengurus kelulusan pelan bangunan, mengurus pinjaman perumahan serta pengeluaran wang KWSP/LTAT bagi pihak pemohon.
SYARAT-SYARAT TAWARAN:
1) Hak milik tanah mestilah di atas nama pemohon atau suami/isteri.
2) Hak milik tanah mestilah bebas daripada sebarang bebanan.
3) Tanah tersebut mesti mempunyai jalan/laluan masuk yang sah.
4) Kos kontrak mampu ditanggung oleh jumlah pinjaman perumahan yang diluluskan.
5) Kos iktisas serta kelulusan pelan dan pinjaman perumahan ditanggung oleh pemohon.
Bagi sesiapa yang berminat, sila berhubung terus dengan individu yang berikut :
1) En. Azmiral HP: 019-9193345
- untuk projek dijajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat, Kelantan.
2) En. Azimi HP: 012-7073354
- untuk projek di jajahan Pasir Puteh, Jeli, Kuala Krai, Rantau Panjang, Kelantan dan Besut, Terengganu.
Sila isikan borang PERIHAL RUMAH IDAMAN anda di bawah:
Berikut adalah contoh-contoh pelan rumah yang kami sediakan. Modifikasi terhadap pelan tersebut juga dibenarkan mengikut citarasa pemohon. Pemohon juga boleh membawa pelan rumah tersendiri.
Untuk melihat contoh desain dan spesifikasi rumah, sila klik pada menu SPESIFIKASI-PELAN-DESAIN di atas.



Bagi mengetahui kadar bayaran balik bulanan pinjaman, anda bolehlah lakukannya di sini:
Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank. Senarai kadar BLR terkini dari bank-bank Malaysia setakat 8 Jun 2010 adalah seperti di bawah:
1. Alliance Bank Malaysia Berhad – 6.05%
2. Affin Bank Berhad – 6.05%
3. AmBank (M) Berhad – 6.05%
4. Bank of America Malaysia Berhad – 5.55%
5. Bangkok Bank Berhad – 6.05%
6. Bank of China (Malaysia) Berhad – 6.05%
7. Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad – 5.75%
8. CIMB Bank Berhad – 6.05%
9. Citibank Berhad – 6.05%
10. Deutsche Bank (Malaysia) Berhad – 6.05%
11. EON Bank Berhad – 6.05%
12. Hong Leong Bank Berhad – 6.05%
13. HSBC Bank Malaysia Berhad – 6.05%
14. J.P. Morgan Chase Bank Berhad – 6.05%
15. Malayan Banking Berhad – 6.05%
16. OCBC Bank (Malaysia) Berhad – 6.05%
17. Public Bank Berhad – 6.05%
18. RHB Bank Berhad – 6.05%
19. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad – 6.05%
20. The Bank of Nova Scotia Berhad – 6.05%
21. The Royal Bank of Scotland Berhad – 5.75%
22. United Overseas Bank (Malaysia) Berhad – 6.05%
23. Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia – 4.00%
*Penafian: Kalkulator ini hanyalah cadangan semata-mata ia mungkin berbeza sedikit dari jumlah bayaran bank sebenar anda.
kalau projek ni ada tak area kl or selangor tak pun kwn2 yg wat benda yg sama
kami blh bina di kelantan,terengganu dan selangor
Selangor area mana?
Salam
Rumah area salor, tunjong @ kedai mulong ada x?
Salam
Rumah area Mulong, Salor @ Tunjong ada x?
-area machang-blakag Uitm buat ko?
-Kos iktisas tu gapo?
-Brapo pratus basic perlu ada sblm lulus pinjaman kerajaan?
insyallah blh buaqt asal dlm kelantan. kos tadi bermaksud, bayaran guaman dan tukar nama blm diambil kira.
Salam..area paloh gua musang xbina ke?
Salam……
saya nak bina rumah atas tanah sendiri rumah 50′x32′ di kuala trgganu.Berapa kos? Ada desing cantik tak?
sah
Saya berminat nak test admin blog ni, macamana nak tahu admin aktif ke tidak?
saya nak cari rumah area kubang kerian yang akan di buat harga dalam Rm200k.kalau ada sila fedback saya a.s.a.p
broucer perumahan
salam.saya amat berminat dengan foto rumah banglo pd ruangan ‘mencari rumah idaman? atau ingin membina rumah impian? KLIK SINI. saya berminat gambar ini.bgm mendapatkan pelan rumah seperti ini( berapa kosnya dan pembayaran )
ya
SAYA ADA TANAH LUAS 100X100 KAKI DIKAJANG.NAK BUAT RUMAH KEMBAR.MACAM NI ATAU KECIL SIKIT.BERAPA HARGANYA LEBIH KURANG
Salam……
saya nak bina rumah atas tanah sendiri 100X100 di KAJANG.Berapa kos? Ada design cantik tak?
Salam tuan,
Sy ada tanah lot seluas 6000 kps di Cameron Highland. Ada buat job ke di Cameron?
Berapa anggaran kos rumah batu 2 tingkat dlm 4 bilik + mini swimming pool?
Kalu buat rumah kayu cengal berkonsep minangkabau berapa anggaran harga?
salam tuan….
nak tanya sikit…. mcmana tuan dapat tanah tu? beli dgn org atau mohon dengan pejabat tanah cameron? saya dah lama cari tapak rumah disana…..
mohon share maklumat kalau ada
t.kasih
en azmi blh emailkn kn kami lokasi lebih terperinci tnh di cameroon yg diinginkan, sy cuba dptkn utk en azmi,email sy azmiral_properties@yahoo.com.
Sy mahu bina rumah di tamin sari.cuma ingin tahu kalau kerja tdk tetap adakah senang utk sy mohon dan lulus pinjaman?adakah pihak tuan akan uruskan semuanya?
kerja x tetap bergantung kpd bnk statement, sy kena tgk status financial dulu, tal kami utk tindakan selanjutnya 0199193345
Saya ada tanah sendiri dan nak buat rumah banglo 1 tingkat 3 bilik dan 2 bilik air. Bajet dalam RM100K-RM130K. Kalau bajet tu boleh tak buat banglo? berapa pula keluasan rumah jika dapat buat dengan bajet sebanyak itu?
buleh.. tp hanya buleh buat rumah 1000 kaki persegi.. kalo encik berminat, buleh melawat tapak rumah kami(rumah berkeluasan 1000 kaki) di pasir tumboh…
akum…
saya nk tanya berapa harga sekaki membuat rumah di area besut oleh pemaju. dan berapa keluasan yang saya boleh bina dengan kos RM250000
harga lebih kurang dalam RM110-120 sekaki bergantung kepada keluasan rumah,design dan bahan binaan… dengan RM250k encik boleh buat rumah dalam 1500-1600 kaki termasuk tanah…
salam tuan, saya ada tanak area kg gemang jeli kelantan, nak buat rumah banglo dalam harga 100k ke 110 k boleh ke? apa cadangan tuan? ada tak contoh rumah yg tuan penah buat? boleh email atau call saya utk berbincang dengan lebih lanjut? berapa lama nak bina yer – khairuddin 0196553762
saya berminat nak ubah suai rumah kayu kepada rumah batu, boleh ke?Rumah kediaman saya di pasir mas.
pn/ms rafidah, xda masalah cuma kita kena pergi tgk tapak utk buat penilaian, andai berminat blh hubungi sy utk buat anggaran 0199193345.,tk
Salam En Azmiral,
En ada cakap boleh bina rumah di Terengganu. Syarikat En Azmiral boleh menguruskan pinjaman untuk untuk pekerja swasta jugak ke? maksud saya dari awal proses sehingga rumah siap dibina?
Ya,semuanya diuruskan oleh kami
En Azmiral, kalo area JB bleh ker?
salam…sy ada tanah di kg…tp masih nama atok saya…soalan sy…boleh x uruskan pertukaran nama tanpa keluar duit cash…dan kalau boleh loan yg dibuat sekali dengan proses tukar nama td??
salam rumah kt pasir tumbuh ado lg ko harga sekitar 250k
Ada,call sy 0129693354 utk tgk lokasi..
Salam
Saya ada tanah lebih kurang 4000 sqt. Berapa luas rumah yang paling sesuai dibina di atas tanah ini. Anggaran harga pembinaan sahaja tak termasuk kos-kos lain berapa? tanah saya di Pasir Puteh.
Terima kasih
Salam
Katakan sy dah beli tanah 6300 sq ft..sy nak wat banglo 4 bilik tidur 3 bilik air ..soalan sy berapa sq ft rumah yang boleh dibina dalam bajet maximum RM 150 k?
Untuk banglo 4 bilik tidur 3 bilik air,kta memerlukan sekurangnya 1500kp luas banglo..untuk banglo 1500kp harga RM187k sekali dgn pagar,extenal work n jln..untuk bajet RM150k anggaran 1200kp luas banglo blh dibina..
tanya encik…kalu kat Perak sekitar Taiping buat tak?
Tanya encik…kalau saya nak buat banglo area kuala terengganu boleh x.ke dia ada berbeza kos dengan bina kat kelantan.boleh ke encik uruskan pinjaman untuk tanah dan rumah sekali..saya budget pinjaman dalam 230000 untuk tanah dan rumah.kalau katakan harga tanah dalam 80k.duit balance loan tu boleh buat rumah besar mana? Terima kasih
Salam.saya rose yg bertnyakan tentng floor pln design terbaru no 15.serta kosnya.tkasih.
Wasalam,design ni luas minimum 2400kp,nk luas lg pn blh gk..kos utk 2400kp-RM 322k…
as,salam..isteri saya mempunyai tanah lot ukuran 11000 kps di kawasan banting selangor .kami kerja kilang di klang dengan gaji saya rm 1440 dan isteri rm 900 dan tidak pernah memiliki rumah sendiri..ingin membina rumah dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi..boleh tak ??